Wednesday, July 05, 2006

Usul Salahuddin diterima sebulat suara

::Roslan SMS Corner::: "Tentera regim Zionis Israel terus menyerang bumi Palestin di Gaza. Awal pagi tadi CNN melaporkan suatu serangan udara telah dilancarkan terhadap bangunan Kementerian Dalam Negeri Palestin. Sebelum ini serangan yang sama telah dilancarkan terhadap Pejabat Perdana Menteri Ismael Haniyeh.



Menurut CNN lagi Tentera Israel telah pun menceroboh masuk bumi Palestin di pekan Erez di Utara Gaza dengan menempat kereta-kereta kebal dan jentera beratnya di sana.

Siri-siri serangan dan pencerobohan ini dilakukan dengan oleh Israel apabila seorang anggota tenteranya Koperal Gilad Shalid telah diculik oleh pasukan militant di Selatan Israel pada 25 Jun lalu.



Lalu tanpa banyak kira-bicara demi menyelamatkan satu nyawa regim biadap ini telah bertindak menyerang bertalu-talu bumi Palestin dengan memusnahkan rumah, bangunan dan kemudahan infrastruktur semata-mata kerana mahu memaksa seluruh rakyat Palestin agar bertanggungjawab di atas penculikan itu.



Dan sudah pastilah sasaran mereka adalah kerajaan Palestin pimpinan HAMAS. Malah sebelum ini dalam tindakan ganas mereka itu mereka turut menangkap hamper satu pertiga anggota kabinet HAMAS termasuklah beberapa ahli Parlimen dan kononnya akan mendakwa mereka kerana beberapa tindakan keganasan terhadap Israel sebelum ini.

Demikianlah angkuh, ganas dan kurang ajarnya regim Zionis Israel ini dan seperti biasa Amerika Syarikat berdiam diri seo"