Ghairah bola, umat Islam tidak peduli Zionis sembelih saudara seagama
KUALA LUMPUR, 3 Julai (Hrkh) - Ketika sesetengah
umat Islam dilalaikan dengan menyertai keghairahan
melampau pesta Piala Dunia Bola Sepak, rejim
Zionis mengambil kesempatan menyembelih umat Islam
Palestin, sekali gus memalukan pertubuhan sejagat
ummah seperti OIC yang terus membisu.
Peristiwa ini seakan mengulangi Tragedi 1967,
iaitu ketika orang Arab disibukkan dengan sebuah
kejohanan bola sepak, Israel menyerang Sinai,
menyebabkan dunia Arab dan Islam dimalukan.
Pendedahan perkara ini dibuat Mufti Perak, Dato'
Seri Harussani Zakaria, dalam pertemuan dengan
Harakahdaily dan sebuah persatuan pelajar Islam.
Laporan terkini menyebut melancarkan serangan
besar-besaran di Gaza dalam usaha berterusan
mengekang kebangkitan parti Islam Hamas dengan
menjadikan isu penculikan seorang askarnya bagi
'menjustifikasikan' keganasannya.
Israel mempersiapan dua rejim infantri membabitkan
5,000 askar serta dua batalion perisai di sempadan
Gaza untuk melakukan serangan besar-besaran itu
dengan arahan Perdana Menterinya, Ehud Olmert.
Setiausaha Agung Persatuan Kebangsaaan Pelajar
Islam Malaysia (PKPIM), Mohd Hilmi Ramli dalam
kenyataannya, mengutuk sekeras-kerasnya pencabulan
rejim Zionis itu.
"Israel yang kejam, menggunakan kesempatan Piala
Dunia ini untuk menyerang penduduk Palestin," katanya.
"Lebih malang lagi, tindakan tersebut seolah-olah
tidak dipedulikan oleh masyarakat dunia termasuk
negara Islam dan OIC, kerana terlalu 'obses'
dengan gelombang Piala Dunia," katanya.
Beliau yang turut mengutuk dan membantah serangan
tersebut, berkata umat Islam perlu sedar dan tidak
alpa kerana isu Palestin bukan semata-mata isu
umat Islam tetapi merupakan isu kemanusiaan
sejagat yang perlu ditangani bersama.
Sejak rejim Zionis dimalukan pejuang Palestin
selepas dua askarnya mati dan seorang ditawan
dalam serangan nekad di Gaza, serangan udara
artileri dilancarkan setiap hari ke atas Gaza,
termasuk mensasarkan bangunan kerajaan Hamas dan
pejabat Perdana Menteri Palestin.

<< Home