Malam Kesenian Islam Yayasan Amal Selangor
Oleh ML Hakim
Yayasan Amal Selangor telah mengadakan konsert Malam Kesenian Islam yang diadakan buat pertama kalinya di Dewan Muhibbah, Kota Damansara pada 1 Oktober yang lalu.. Konsert yang bertemakan ‘Cintai Islam Sayangi Islam’ selama 2 jam itu’, bertujuan membantu kerajaan didalam usahanya menangani masalah sosial serta menyebarkan risalah dakwah kepada golongan muda melalui seni.
Seramai 200 orang hadir untuk menyaksikan persembahan-persembahan oleh artis-artis dengan tempat-tempat penonton lelaki dan wanita diasingkan.
Artis-artis yang mengadakan persembahan di situ ialah kumpulan Mirwana, Rast, Mr. Zul & Team Dakwah Forever, serta penampilan khas oleh Azmil Mustafa, bekas pelakon yang membacakan 2 buah puisi perjuangan Islam.
Program tersebut yang berakhir jam 11.00 malam berjalan dengan penuh teratur dan aman.

<< Home