Permintaan demi permintaan untuk undang-undang Islam
NEWS Kini : Reformasi News Headlines | Berita Reformasi Terkini
Permintaan demi permintaan untuk undang-undang Islam
LAPORAN KHAS
Oleh Bill Guerin
JAKARTA – Lebih 12 orang dituduh berjudi dalam satu loteri haram telah disebat di khalayak ramai di Aceh kerana melanggar undang-undang Islam (Sharia), menandakan sebatan di khalayak ramai yang pertama sejak wilayah Islam tersebut, sejak dilaksana undang-undang tersebut dalam tahun 2003.
Pesalah-pesalah tersebut, yang sudah ditahan selama 22 hari, setiap seorang menerima enam hingga 10 sebatan rotan di belakang, daripada seorang algojo bertopeng. Orang awam seramai 2,000 yang bising, menyaksikan sebatan tersebut yang dibuat di luar masjid utama di Biruen selepas sembahyang Jumaat.
Aceh ialah satu-satunya wilayah di Indonesia yang melaksanakan undang-undang Shariah, kebebasan yang diberikan kepada mahkamah sebagai sebahagian dari pakej autonomi yang ditawarkan oleh Jakarta dalam usaha menghalang pemisahan di wilayah tersebut. Walaupun Indonesia ialah negara yang teramai penduduk Islamnya (88% daripada 230 juta penduduknya didaftarkan sebagai Islam), Islam belum pernah diisytihar sebagai agama rasminya.
Undang-undang Shariah ialah undang-undang yang menyeluruh yang mentadbir segala perkara dari perbankan kepada sembahyang, kecurian dan zina. Tetapi kalangan kumpulan Islam, tiada satu intepretasi Shariah, kerana ia berdasarkan ajaran daripada ramai ulama’ yang mempunyai intepretasi yang berbeza mengenai dua sumber utama – Quran (kitab suci orang Islam) dan Hadith (perbuatan dan kata-kata Nabi Muhammad).
Arab Saudi menjalankan Shariah sepenuhnya. Pencuri-pencuri sudah dipotong tangan mereka sebagai hukuman – undang-undang hudud – sementara penzina direjam sehingga mati. Walaupun sebat sering diamalkan di Singapura dan Malaysia sebagai hukuman kehakiman, ia tidak dilakukan di khalayak ramai.
Tiada bahaya jika Shariah merebak ke wilayah lain di Indonesia. Tetapi persoalannya masih: adakah merotan cara lembut tersebut ke atas beberapa kaki judi kecil-kecilan di wilayah yang telah kehilangan lebih 128,000 orang dan termusnahnya infrastruktur kerajaan dalam tsunami pada tahun lalu, adalah sebenarnya bermulanya kemasukan undang-undang Shariah?
Tiada negara Islam
Bapa kemerdekaan menolak tuntutan bagi negara Islam semasa merdeka dalam tahun 1945, tetapi rakyat Aceh, yang melihat revolusi terhadap Belanda dalam tahun 1940an sebagai perjuangan Islam, merasakan Sukarno, presiden pertama negara tersebut, telah mengecewakan mereka dengan tidak menunaikan janjinya untuk membenarkan wilayah tersebut melaksanakan Shariah sepenuhnya.
Mereka terpaksa menunggu sehingga Januari 2001 sebelum diberikan kebenaran melaksanakan Shariah sebagai sebahagian dari autonomi yang ditawarkan oleh presiden Abdurrahman Wahid yang membenarkan wilayah melaksanakan sebahagian undang-undang Shariah dan mempunyai polis Shariah dan sistem pendidikannya sendiri.
Walaupun Aceh memiliki simpanan gas asli tepi pantai terkaya di dunia, dianggarkan pada 40 bilion meter isipadu, dan membekalkan kira-kira 11% dari jumlah eksport negara tersebut dalam tahun 2001, kurang dari 10% kekayaan tersebut telah dilabur semula dalam wilayah tersebut. Para pengkritik berkata pakej autonomi dan hak melaksanakan Shariah, yang akan memberi Aceh bahagian yang lebih dari pendapatan dari sumber kaya tersebut, hanya bertujuan mengurangkan sentimen pemisahan di wilayah tersebut.
Walau bagaimanapun, langkah tersebut telah membentuk asas kepada gencatan senjata yang dipersetujui dan ditandatangani pada Disember 2002 antara kerjaan yang pada ketika itu dipimpin oleh presiden Megawati Sukarnoputri, anak kepada presiden pertama dan pejuang pro kemerdekaan Gabungan Aceh Merdeka (GAM), yang telah terlibat dalam perang geurilla sejak 1976 di mana lebih dari 12,000 orang, kebanyakannya orang awam, telah terbunuh.
GAM bagaimanapun, telah menjelaskan bahawa mereka bukan berperang untuk negara Islam, dan Hasballah Sa’ad, bekas menteri hak asasi manusia, yang juga seorang berbangsa Aceh, berkata Shariah tidak akan memuaskan GAM dan lain-lain aktivis bebas.
“Kami tahu bahawa orang Aceh sudah mahu melaksanakan Shariah sejak 1950an, tetapi GAM tidak pernah meminta Shariah,” kata Sa’ad. Walaupun proses keamanan gagal pada Mei 2003 dan satu serangan tentera besar-besaran dilancarkan serentak terhadap GAM, namun, kerajaan tempatan terus melaksanakan undang-undang baru mengharamkan zina, meminum arak dan berjudi – undang-undang yang telah dicabuli oleh mereka yang dirotan Jumaat lalu.
Pada mulanya pentadbiran tempatan melihat kepada isu-isu kecil, seperti orang Islam yang tidak hadir sembahyang Jumaat, atau mereka yang menjual makanan atau rokok semasa Ramadhan. Kira-kira 20 mahkamah agama daerah ditubuhkan bagi menangani isu-isu seperti perceraian.
Sebatan untuk perasuah?
Majelis Permusyawaratan Ulama (MPU) – majlis syura pemimpin-pemimpin agama di Aceh, membentang hukuman bagi pesalah yang telah disebat minggu lalu setelah Gabenor Azwar Abubakar menandatangani undang-undang tersebut, meluluskan sebatan. Menurut Mustofa Gelanggang, datuk bandar Biruen, gabenor akan menandatangai lebih banyak undang-undang dalam minggu yang akan datang , yang akan menambahkan penggunaan merotan bagi menghukum lain-lain jenayah.
Mustofa Gelanggang, datuk bandar Biruen, berkata, merotan sebagai hukuman “bukan mengenai kesakitan tetapi bagi memalukan pesalah dan mencegah mereka dari melakukan perbuatan jenayah yang sama di masa depan.” Dia mungkin merujuk kepada berjudi dan zina, bukan rasuah. Pada bulan April, bekas gabenor Aceh Abdullah Puteh telah dihukum 10 tahun penjara kerana mencuri wang kerajaan dengan menaikkan harga pembelian helikopter pada tahun 2001.
“Kami ingin bina imej Islam yang sejahtera di Aceh,” beritahu Puteh kepada tetamu dalam majlis pelancaran mahkamah Shariah pertama dalam bulan Mac 2003 ketika dia masih gabenor. Wilayah tersebut akan mendapat kira-kira US$6 bilion dalam bantuan bagi membantu membina dan memulihkan semula selepas tsunami, tetapi kes Puteh menunjukkan kebimbangan mengenai bagaimana telus kutipan tabung akan diagih dan digunakan, dengan tahap rasuah dalam negara (dan terutama di wilayah Aceh).
Perasuah masih perlu bimbang sebelum mereka dimasukkan ke dalam penjara. “Orang ramai perlu tahu ada hukuman bagi setiap jenayah,” Alyasa Abubakar, ketua undang-undang Shariah Aceh memberi amaran. Malah, Raihan Iskandar, timbalan speaker majlis wilayah Aceh, telah berkata, hukuman yang lebih berat masih dipertimbangkan. Pejabat Shariah sedang menimbang undang-undang mencuri, termasuk kesalahan rasuah, kata Iskandar.
Radikal bertembung golongan evangelis
Terdapat kebimbangan bahawa fundamentalisme Islam kian meningkat sejak Aceh dibuka berikutan tsunami. Kumpulan-kumpulan Islam telah berkumpul di Aceh menyatakan bantahan mereka terhadap pekerja-pekerja bantuan bencana asing dan askar-askar asing yang cuba membawa masuk pengaruh liberal mereka.
Dua hari selepas peristiwa merotan pada Jumaat tersebut, kumpulan-kumpulan Islam dan kebajikan, termasuk pertubuhan yang ‘keras’seperti FPI dan Majelis Mujahideen Indonesia (MMI), juga beberapa parti politik berasaskan Islam seperti Hizb ut-Tahrir, telah berdemonstrasi di hadapan Masjid Baiturahman di Banda Aceh. Mereka membantah apa yang dipanggil ‘kempen evangelis’ yang sedang dijalankan oleh pertubuhan bukan kerajaan tempatan dan asing.
Walaupun FPI dikenali sering melancarkan kumpulan paramiliter di pusat-pusat hiburan di ibunegara Indonesia, Jakarta, Hizb ut-Tahrir diharamkan di kebanyakan negara Islam kerana ia memanggil kepada menyatukan umat Islam di bawah satu khalifah dan menuntut dikembalikan “masyarakat Islam”. Hizb ut-Tahrir menolak model demokratik sebagai ciptaan Barat, tidak sesuai dengan Islam, dan mendakwa mempunyai pengaruh di 40 buah negara, tetapi Indonesia ialah satu antara beberapa negara yang ia dibenarkan bergerak secara terbuka.
Selamanya sekular
Walaupun ia menarik minat dan memenuhi berita dengan menghidangkannya kepada penonton domestik yang masih curiga terhadap Barat, pinggir radikal Islam di Indonesia masih kecil, suara minoriti. Sekiranya Shariah diberi mendapat sokongan majoriti, dan negara tersebut untuk menjadi negara Islam, imej Indonesia di sisi Barat adalah berbeza. Realitinya walau bagaimanapun, terdapat sedikit risiko ini dan status perlembagaan negara sebagai negara sekular tidak digugat.
Kmpulan radikal yang cenderung pada keganasan dan intimidasi untuk mencapai matlamat mereka, tetapi orang Islam yang fundamental sudah cukup dengan keganasan dan terrorisme. Dua pertubuhan Islam terbesar - Muhammadiyah dan Nahdatul Ulama (NU) – membantah Shariah yang dilaksanakan oleh kerajaan.
NU yang mempunyai ahli seramai 40 juta, berkata Shariah akan mewujudkan pertelingkahan antara mereka yang berbeza agama, atau mungkin juga kalangan kumpulan Islam. Perhimpunan Perunding Rakyat juga menolak cubaan mewujudkan Shariah dalam perlembagaan.
Namun, Kongres Islam Indonesia, dalam 14 poin “Deklarasi Jakarta” yang telah dikeluarkan dalam bulan April tahun ini, berusaha mengatasi masalah negara melalui perlaksanaan Shariah.
Korupsi, keganasan dan Islam sederhana
Kempen anti korupsi, Parti Keadilan Sejahtera (PKS), telah menambah bilangan undi dalam pilihan raya umum, April lalu ke 7.34% dari 1.4% dalam tahun 1999.
Sebelum bermulanya pusingan terakhir pilihan raya presiden pada September 2004, pengerusi PKS Hidayat Nur Wahid mengumumkan bahawa parti tersebut akan menyokong Susilo Bambang Yudhoyono. Penyokong Yudhoyono membantah bahawa sebenarnya perlantikannya merupakan peluang paling baik ke arah perubahan demokratik, urustadbir yang baik dan berakhirnya korupsi. Sesetengah pemimpin PKS, bagaimanapun, membantah langkah tersebut kerana mereka melihat Yudhoyono sebagai pemimpin politik sekular yang menentang perlaksanaan undang-undang Islam. Terdapat mereka dalam parti tersebut yang percaya bahawa pada 2009 mereka sudah bersedia untuk menang lebih banyak undi dan memberi harapan menjadikan Indonesia lebih condong kepada negara Islam.
Sejak mengambilalih sebagai presiden, bagaimanapun, Yudhoyono telah bercakap menentang salahfaham mengenai keganasan yang dikaitkan dengan Islam. “Saya beritahu kepada rakyat berulang kali bahawa tiada kaitan antara kedua-duanya,” katanya dalam satu temubual baru-baru ini, menambah bahawa dia mahu mengukuhkan peranan Islam sederhana. “Kita perlukan pemimpin agama yang sederhana yang tidak akan membenarkan orang mereka dipengaruhi oleh kumpulan radikal, oleh pengganas.
“Saya mahu orang ramai melihat Indonesia sebagai sederhana, Islamik dan aman,” dia memutuskan.

<< Home