Fatwa Mengenai Penulisan Astora Jabat
Fatwa Mengenai Penulisan Astora Jabat
Isu : Fatwa yang dinyatakan dalam Jadual telah dibuat oleh Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan,menurut Subseksen 34(1)Enekmen Pentadbiran Agama Islam 1992(En.Bil 2 Tahun 1992),selepas dibincangkan dengan Jawatankuasa Syariah Negeri Perak Darul Ridzuan menurut subseksyen 37(4)Enekmen itu pada 23 Syawal 1424 bersamaan dengan 17 Desember 2003,dan adalah disiarkan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan menurut Subseksen 34(2)Enekmen itu.
Fatwa : Bahawa menolak kepercayaan azab kubur setelah wujud keterangan dari Al-Quran dan Al-Hadith serta Ijma' Ulama adalah terkeluar daripada ajaran Islam yang sebenar dan oleh itu orang Islam adalah dilarang mengamalkan ajaran itu.
Rujukan Pewartaan : No:1083 Jld:57 Bil 1
Tarikh Pewartaan : 29 Julai 2004
Keterangan :
KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA SYARIAH NEGERI PERAK MENGENAI PENULISAN ASTORA JABAT BERKENAAN DENGAN AZAB QUBUR .
1. LATAR BELAKANG
1.1 Seorang penulis yang giat menulis di surat-surat khabar yang menggunakan nama pena Astora Jabat sering menulis isu-isu agama yang kontroversi
1.2 Dalam Majalah Al Islam keluaran edisi bulan November dan Disember beliau telah menulis artikel bertajuk “Tiada azab kubur selepas meninggal dunia “ dan “percanggahan hadith mengenai azab kubur
2. ASAS PANDANGAN BELIAU
2.1 Astora Jabat menggunakan beberapa asas dalam menegaskan pendiriannya seperti :-
2.1.1 Azab kubur tidak disebut di dalam Al Quran secara muktamad tetapi hanya para ulama’ sahaja yang menghurai dan mentafsirkannya.
2.1.2 Semua hadith yang menceritakan tentang azab kubur adalah hadith ahad belaka.Hadith ahad tidak boleh menthabitkan perkara aqidah.
2.1.3 Menolak azab qubur tidak kafir kerana ia hanya dithabitkan dengan hadith ahad dan tafsiran ayat Al Quran yang tidak muktamad.
2.1.4 Menggunakan logic aqal seperti mempertikaikan cara azab qubur kepada mayat yang tidak di quburkan dan mendakwa adalah tidak adil jika mayat yang mati dahulu akan diazab lebih lama dari mayat yang kematiannya lewat.
11. KEPUTUSAN
Mesyuarat Jawatankuasa Syariah yang bersidang untuk kali ke 161 pada 23 Syawal 1424 bersamaan 17 Disember 2003 telah bersetuju bahawa menolak kepercayaan azab qubur setelah wujud keterangan dari Al Quran dan Al Hadith serta Ijma’ Ulama’ adalah terkeluar dari ajaran Islam.

<< Home