Ekspedisi dakwah: Pemuda PAS masuk pusat hiburan edar risalah
petikan dari Harakahdaily
Oleh Hafiz Mohd Baqi
KUALA LUMPUR, 11 April (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Pusat baru-baru ini berjaya menyampaikan mesej terhadap bahaya hedonisme secara terus kepada orang ramai yang mengunjungi pusat-pusat hiburan melalui ekspedisi dakwah ke lokasi-lokasi terkenal yang menempatkan disko dan pub sekitar ibu kota.
Ekspedisi tersebut dilakukan secara serentak di Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang dan Bangsar dengan memecahkan kepada tiga kumpulan di mana masing-masing disertai oleh 30 Pemuda PAS daripada Pemuda PAS Pusat dan Wilayah Persekutuan.
Ekspedisi yang bermula pada jam 11.00 malam sehingga hampir 2.00 pagi itu dilakukan sambil mengedarkan risalah berbentuk nasihat 'Say no to Hedonisme' kepada para pengunjung beragama Islam termasuk mereka yang melepak di sekitar pusat hiburan berkenaan.
Selain itu ekpedisi yang diketuai oleh Timbalan pemuda PAS, Ustaz Idris Ahmad; Timbalan Ketua Penerangan Pemuda PAS, Azman Sapawi dan Ketua Pemuda PAS Wilayah, Riduwan Mohd Nor itu juga bertujuan untuk memantau aktiviti hiburan yang kian subur di Kuala Lumpur yang melibatkan sebahagian besar golongan remaja.
Sementara itu, di Jalan Sultan Ismail, ekpedisi bermula daripada Jalan Ampang, Jalan Sultan Ismail dan berakhir di Jalan P. Ramlee; manakala di Bukit Bintang ekspedisi dilakukan di sepanjang Jalan Bukit Bintang (Bintang walk) dan di Bangsar dilakukan di sekitar Jalan Telawi.
Menurut ustaz Idris ketika ditemui di sebuah lokasi di Jalan Sultan Ismail, kehadiran pihaknya bukanlah untuk mengganggu kalangan orang bukan Islam di situ sebaliknya hanya sebagai langkah dan tanggungjawab untuk menyedarkan orang Islam daripada terus leka dengan hiburan tidak berfaedah serta dilarang oleh agama.
Selain itu kata beliau, Pemuda PAS juga melakukan usaha tersebut sebagai satu inisiatif untuk membendung budaya tidak sihat yang semakin serius berlaku dalam masyarakat seperti perzinaan, ketagihan arak, jenayah, pengambilan pil khayal, dadah dan sebagainya.
"Kami yakin antara sebab yang boleh menjerumuskan masyarakat terutamanya remaja dengan masalah sosial adalah kerana mengunjungi pusat-pusat hiburan.
"Hanya ini yang mampu kami lakukan kepada pengunjung-pengunjung di sini, selebihnya terserahlah kepada pihak berkuasa," kata beliau.
Ekspedisi dakwah mula dilancarkan oleh Pemuda PAS sejak bulan Ramadan lalu dengan menggerakkan seluruh jentera pemuda seluruh negara untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai bahaya gejala sosial yang berlaku dalam masyarakat.
Antara tempat tumpuan yang pernah menjadi sasaran Pemuda PAS dalam menjayakan kempen tesebut termasuklah pasar malam, pasar tani, tapak-tapak pesta ria, kompleks beli-belah, restoran yang beroperasi 24 jam dan kedai tomyam yang menjadi tumpuan orang ramai pada waktu malam .
Selain daripada mengedar risalah, Pemuda PAS juga meningkatkan kesedaran orang ramai dalam ekspedisi mereka itu dengan menganjurkan seminar-seminar menghantar memorandum kepada mufti di setiap negeri serta bersedia untuk bekerjasama dengan penguatkuasa agama. - mks.

<< Home